awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tamim Dahri dakwa hanya alih besi tajam, berkarat
Pemimpin China berduka atas pemerguan veteran Parti Komunis berusia 109 tahun
Kapal angkasa NASA 600kg dijangka masuk semula ke atmosfera bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu perlu miliki integriti tinggi sebelum diberi tanggungjawab

Bernama
Bernama
10/03/2026
16:53 MYT
Individu perlu miliki integriti tinggi sebelum diberi tanggungjawab
Agensi seperti SPRM memainkan peranan penting bagi memastikan integriti ditegakkan demi membina negara yang maju dan berkesan menerusi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap. - Foto SPRM
Integriti seseorang individu perlu dipastikan sebelum mereka diambil bekerja dalam mana-mana organisasi, terutamanya bagi jawatan melibatkan amanah dan tanggungjawab awam.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham berkata integriti tidak seharusnya hanya dipupuk sepanjang kerjaya seseorang, sebaliknya sudah wujud dan menjadi nilai asas dalam diri individu sebelum memasuki perkhidmatan.
Beliau berkata demikian semasa temu bual bersama Bernama TV bertajuk Harga Sebuah Integriti: Ancaman dan Fitnah, kekuatan sesebuah organisasi atau negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki.
Justeru, individu yang diberi tanggungjawab melibatkan kepentingan negara dan orang awam di Malaysia mesti memiliki tahap integriti yang tinggi kerana nilai itu mencerminkan kualiti mereka.
Ahmad Rosli berkata kepentingan integriti turut dizahirkan dalam perundangan negara, khususnya apabila pelanggaran integriti sering dikaitkan dengan kesalahan rasuah.
Beliau berkata pelanggaran berkaitan integriti melibatkan rasuah diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah di bawah undang-undang antirasuah.
Ahmad Rosli turut menekankan bahawa rakyat perlu berpegang kepada nilai yang kukuh, termasuk keikhlasan dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Tidak kira betapa mahir atau bijak seseorang itu, jika integriti tiada, orang itu boleh menjadi antisosial dan membawa masalah dan bukannya berguna kepada organisasi atau negara,” katanya.
Beliau berkata negara yang dibelenggu rasuah akan berhadapan dengan projek yang gagal, penguatkuasaan undang-undang yang lemah dan hakisan kepercayaan orang awam terhadap pihak berkuasa.
Sehubungan dengan itu, agensi seperti SPRM memainkan peranan penting bagi memastikan integriti ditegakkan demi membina negara yang maju dan berkesan menerusi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#integriti
#Ahmad Rosli Mohd Sham
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan