awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua murid di Kudat cedera semasa duduki peperiksaan UPSR

Bernama
Bernama
09/10/2014
11:35 MYT
Dua murid di Kudat cedera semasa duduki peperiksaan UPSR
Turut cedera dalam kejadian pukul 8.30 pagi berkenaan ialah seorang guru lelaki pengawas peperiksaan yang cedera di bahagian belakangnya. - Foto Fail
Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi tadi.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata murid berkenaan, Jil Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling yang jatuh manakala Danielson Danius cedera ringan terkena siling papan lapis.
Turut cedera dalam kejadian pukul 8.30 pagi berkenaan kata Jame ialah seorang guru lelaki pengawas peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian belakangnya terkena beluti.
"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik sedang dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki peperiksaan dengan tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah berkenaan dapat menyempurnakan peperiksaan mereka selepas dipindahkan ke blok bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak terjejas dengan kejadian ribut berkenaan.
Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas manakala kereta milik guru besar sekolah itu turut rosak dihempap kayu.
Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru berada di dalam bilik guru sekolah itu.
Topic Berkaitan
#cedera
#dua pelajar
#kipas siling
#lelaki
#Sek Kebangsaan Panudahan
#siling papan lapis
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan