awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelancong asing menari atas tembok masjid didenda RM25

Bernama
Bernama
27/06/2018
21:13 MYT
Dua pelancong asing menari atas tembok masjid didenda RM25
Larangan melawat Masjid Bandaraya di Kota Kinabalu dikeluarkan susulan tersebarnya sebuah video aksi tarian dua wanita di hadapan masjid berkenaan. - Foto viral
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Rabu menjatuhkan denda RM25 terhadap dua guru tari warga China kerana berkelakuan tidak sopan di atas tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabtu lalu.
Majistret Cindy Balitus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua wanita berumur 25 dan 37 berkenaan mengaku bersalah berkelakuan tidak sopan di atas tembok masjid Sabtu lalu, kira-kira jam 4 petang.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam. Kedua-dua mereka membayar denda tersebut dan dibebaskan sebelum kembali ke China jam 8 malam tadi.
Sabtu lalu, video berdurasi sembilan saat yang memaparkan dua wanita menari di atas tembok pagar masjid viral di media sosial mendapat kecaman netizen.
BACA: Gara-gara aksi tarian, masjid Kota Kinabalu keluar larangan terima pelancong
Berikutan kejadian itu pihak pengurusan tertinggi masjid mengambil keputusan untuk melarang pelancong melawat masjid itu buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.
Polis menahan kedua-dua wanita berkenaan pada Rabu (27 Jun) kira-kira jam 11 pagi di lobi sebuah hotel berikutan laporan polis dibuat oleh sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan pada 24 Jun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#guru tari
#Kota Kinabalu
#mahkamah
#masjid
#menari
#pelancong
#tembok
#Tular
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan