awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diskaun 50 peratus sewa premis untuk peniaga Pasar UTC Labuan
Kerajaan Perak adakan rumah terbuka Aidilfitri pada 21 Mac
Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam

Dua penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Redang

Bernama
Bernama
14/03/2026
14:02 MYT
Dua penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Redang
Dua penyelam dikhuatiri hilang ketika menjalankan aktiviti menyelam di Pasir Akar Marine Park, di Pulau Redang, tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian
Dua penyelam dikhuatiri hilang ketika menjalankan aktiviti menyelam di Pasir Akar Marine Park, di Pulau Redang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun yang berasal dari Kajang, Selangor dan seorang lelaki warganegara China berusia 42 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada pihak berkaitan kira-kira 12.45 tengah hari yang memaklumkan kejadian berkenaan.

"Susulan kejadian itu, sebuah bot daripada Jabatan Perikanan Terengganu dengan tujuh anggota penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Taman Laut telah digerakkan untuk memulakan operasi pencarian pada 2 petang.

"Operasi turut dibantu tujuh sukarelawan sebuah resort menggunakan dua bot milik mereka … difahamkan seorang penyelam ialah dive master, manakala seorang lagi ialah student diver," katanya ketika dihubungi malam ini.

Azli berkata operasi pencarian turut meliputi kawasan sekitar antaranya Pulau Bidong, Pulau Geluk dan Pulau Tengkorak.

Bagaimanapun, katanya, operasi pencarian terpaksa dihentikan pada 6 petang tadi dan akan disambung pagi esok susulan keadaan ombak dan gelombang yang agak besar.

"Sehingga operasi ditangguhkan petang tadi, dua penyelam tersebut masih belum dijumpai. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Penyelam
#hilang
#Pulau Redang
#Jabatan Perikanan Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.