awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Konflik Asia Barat: Rubio sertai rundingan Israel-Lubnan di Jabatan Negara AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua restoran nasi kandar terkenal di Kepala Batas diarah tutup, gagal patuhi SOP

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2020
13:49 MYT
Dua restoran nasi kandar terkenal di Kepala Batas diarah tutup, gagal patuhi SOP
Antara restoran nasi kandar yang dikenakan tindakan dalam pemeriksaan polis dan KKM hari ini. -PDRM
Dua restoran nasi Kandar terkenal di Kepala Batas, Pulau Pinang diarah tutup selama tujuh hari kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik kedua-dua restoran itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM1,000 setelah didapati gagal mengawal jumlah pelanggan selain tiada penjarakan fizikal.
Noorzainy berkata, dalam operasi bermula jam 2 petang itu, polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemeriksaan di beberapa restoran nasi kandar sebelum mengesan kesalaha di kedua-dua premis terbabit.
"Selain itu, pihak berkuasa turut memberi kompaun kepada tiga buah lagi restoran nasi kandar yang lain kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Polis dan KKM akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tiga hari lepas, dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di kawasan sama turut diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi SOP.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#nasi kandar
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#polis
#Seberang Perai
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan