awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Editor TNP kecewa tajuk berita dianggap menghina

Arfa Yunus
Arfa Yunus
04/08/2013
04:49 MYT
Editor TNP kecewa tajuk berita dianggap menghina
Editor akhbar Singapura, The New Paper, Dominic Nathan melahirkan rasa kecewa bahawa tajuk utama akhbar itu dianggap sebagai satu penghinaan, menurut laporan akhbar The Straits Times Singapura.
“Kami tiada berniat begitu. Kami hanya mahu menarik perhatian pembaca terhadap ancaman keganasan bersenjata di Malaysia,” kata beliau, sambil menambah apa yang dilaporkan turut “dilaporkan secara meluas menerusi media Malaysia”.
Pada 31 Julai yang lepas, TNP telah menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana...kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh upahan hanya $2,000 (RM5,000) diperlukan.
Kementerian Luar Singapura turut menegur TNP dan melahirkan kekecewaan terhadap tajuk berita itu.
Pengarah Kementerian Hal Ehwal Awam, Teo Lay Cheng berkata di dalam sepucuk surat kepada akhbar tersebut bahawa “tajuk berita sensasi adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab”.
“Akhbar Singapura sepatutnya melaporkan berita mengenai negara jiran secara profesional dan objektif. TNP telah gagal membuat penilaian sewajarnya,” kata Teo.
Susulan itu, TNP telah menarik balik artikel yang diterbitkan itu daripada laman web portal itu serta laman Facebook mereka.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat berkata tajuk berita tersebut berniat jahat dan telah menyebabkan tanggapan yang salah terhadap tahap keselamatan di Malaysia.
“Kami menggesa agar The New Paper tidak mensensasikan apa-apa perkara yang boleh menjejaskan hubungan kedua-dua pihak,".
Topic Berkaitan
#artikel
#Dominic Nathan
#keganasan
#Selamat datang ke Malaysia
#TNP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan