awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejek punca insiden buli di sekolah agama di Putatan

Bernama
Bernama
07/09/2016
08:47 MYT
Ejek punca insiden buli di sekolah agama di Putatan
Klip video berdurasi 28 saat itu, yang dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki lengkap berseragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik darjah - Gambar Fail
Tindakan ejek dipercayai punca insiden seorang murid Sekolah Agama Negeri (SAN) Putatan dekat sini membelasah rakannya yang rakaman kejadian tersebut diviralkan di laman media sosial baru-baru ini.
Ketika dihubungi hari ini, Pegawai Tadbir Agama Pejabat Hal Ehwal Agama Putatan Zulfauzy Awang Besar berkata siasatan hanya dapat dijalankan selepas dua murid terbabit, yang masing-masing berumur 12 tahun, selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Pihak kami juga akan menemu bual saksi kejadian itu, termasuk murid yang merakam insiden tersebut," katanya, sambil menambah kejadian berlaku pada 30 Ogos lepas ketika waktu rehat sekolah tersebut.
Klip video berdurasi 28 saat itu, yang dirakam menerusi telefon bimbit, menunjukkan aksi seorang murid lelaki lengkap berseragam sekolah agama membelasah mangsa di dalam sebuah bilik darjah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang DSP Rosley Hobden mengesahkan tindakan ejek dipercayai punca kejadian, tetapi siasatan akan dijalankan selepas selesai peperiksaan.
Topic Berkaitan
#buli
#buli di sekolah
#Putatan
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan