awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran wajar diberi kredit – PM Anwar
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen ICE bantu keselamatan lapangan terbang susulan penutupan DHS

Bernama
Bernama
23/03/2026
03:02 MYT
Ejen ICE bantu keselamatan lapangan terbang susulan penutupan DHS
Ejen ICE akan membantu dalam aspek keselamatan di pintu masuk dan keluar bagi meringankan beban Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA). - Gambar fail

Ketua sempadan Rumah Putih Tom Homan berkata pada Ahad bahawa ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) akan membantu di pusat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang yang sibuk susulan penutupan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) yang telah berlarutan lebih sebulan, lapor Xinhua.

Homan memberitahu program “State of the Union” terbitan CNN bahawa ejen ICE akan membantu dalam aspek keselamatan di pintu masuk dan keluar bagi meringankan beban Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), susulan semakin ramai pegawai TSA berhenti kerja atau mengambil cuti sakit ketika bekerja tanpa gaji.

Lapangan terbang di seluruh negara mengalami barisan panjang di pusat pemeriksaan keselamatan akibat kekurangan kakitangan TSA, manakala DHS berulang kali menyalahkan Parti Demokrat atas penutupan tersebut.

“Kekacauan di lapangan terbang Amerika ini adalah akibat langsung penutupan DHS oleh Demokrat. Pegawai TSA kami telah berminggu-minggu tidak menerima gaji. Ramai tidak mampu membeli minyak untuk ke tempat kerja,” menurut kenyataan jabatan itu di platform media sosial X pada Ahad.

Sementara itu, Demokrat pula menyalahkan Republikan atas kebuntuan tersebut. “Daripada menghantar ejen ICE untuk mengganggu penumpang di lapangan terbang, mengapa tidak Republikan menyelesaikan masalah dan bersetuju membayar pekerja TSA seperti yang kami minta sebanyak TUJUH kali?” kata Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer di X.

Senat pada Jumaat menolak rang undang-undang pembiayaan DHS buat kali kelima, menyebabkan operasi utama termasuk TSA, Pengawal Pantai dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan terus terjejas teruk.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#AS
#ejen ICE
#lapangan terbang
#pembiayaan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan