awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan cabaran geopolitik - Akmal Nasrullah

Bernama
Bernama
31/03/2026
08:26 MYT
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan cabaran geopolitik - Akmal Nasrullah
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata Bank Negara hari ini telah mengeluarkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun ini, iaitu sekitar empat hingga lima peratus.

“Dengan unjuran tersebut, tumpuan adalah untuk memastikan kegiatan ekonomi terus berlangsung serta pertumbuhan dapat dikekalkan dengan baik,” katanya kepada media selepas melancarkan Seminar Pemetaan Peluang Strategik Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di sini hari ini.

Terdahulu, bank pusat mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, meningkat berbanding unjuran empat hingga 4.8 peratus pada 2025.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada 2025, dengan pertumbuhan suku keempat mencecah 6.3 peratus.

Prestasi ini didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, eksport elektrik dan elektronik yang kukuh, serta sektor pelancongan yang terus menyokong aktiviti ekonomi.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#berkembang
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan