awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak ketirisan dan pembaziran, JPPTUK Sabah dijenama semula - Tun Juhar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
16/03/2022
04:45 MYT
Elak ketirisan dan pembaziran, JPPTUK Sabah dijenama semula - Tun Juhar
Tun Juhar (gambar) hadir sempena Istidat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di Kota Kinabalu. - Foto Japen Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memperkasa proses mengawal selia dan memantau pematuhan semua arahan-arahan tadbir urus korporat dengan menjenamakan semula Jawatankuasa Pengawalseliaan dan Pematuhan Tadbir Urus Korporat (JPPTUK).
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, jawatankuasa itu bertujuan untuk memantau dan mengawasi pelaksanaan Kod Tadbir Urus Korporat terhadap Badan-Badan Berkanun dan Syarikat-Syarikat Kerajaan Negeri termasuk prestasi Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Lembaga.
Menurutnya, usaha mengekalkan dasar perbelanjaan berhemat dan berintegirti melalui penguatkuasaan serta pemantauan itu adalah pendekatan dalam menangani ketirisan wang awam dan pembaziran.
"Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menstrukturkan semula objektif dan fungsi Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Negeri bagi memastikan semua pelaburan Kerajaan Negeri mendapat ulangan hasil yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kerajaan mengambil perhatian serius ke atas aktiviti-aktiviti ekonomi, pelaburan, program atau projek yang tidak menghasilkan pendapatan dan membebankan organisasi dan Kerajaan Negeri.
"Tanggungjawab dan aktiviti sosioekonomi yang membebankan organisasi sehingga menyebabkan mereka gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk menyumbang secara konsisten kepada hasil negeri juga akan dikaji. Post-Mortem ke atas operasi organisasi anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat usaha sama yang dijalankan secara berterusan berupaya untuk mengenal pasti punca kegagalan tersebut dengan efektif," katanya.
 Foto: Jabatan Penerangan Sabah
Foto: Jabatan Penerangan Sabah
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di Kota Kinabalu pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Tun Juhar berkata, kerajaan megeri akan sentiasa menambah baik pekeliling-pekeliling berkenaan pengurusan kewangan dan akaun bagi menerapkan disiplin kewangan yang cekap agar seluruh agensi kerajaan dapat memperbaiki atau menyusun program mengikut keutamaan.
"Dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan terhadap usaha-usaha meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan tahun semasa demi memulihkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Untuk menjamin kejayaan strategi bajet 2022, kerajaan negeri melalui pendigitalan akan menambah baik Sistem Pengurusan Peruntukan dan Pembayaran (S3P) sedia ada dengan penambahan beberapa lagi proses penting yang akan diletakkan di bawah sistem induk yang dikenali sebagai Intelligent State Financial Accounting System (I-SFAS).
"Sistem ini sedang dibangunkan untuk melengkapkan beberapa sistem dalam model transformasi digital pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan negeri secara menyeluruh," katanya.
Topic Berkaitan
#DUN Sabah
#Tun Juhar Mahiruddin
#elak rasuah
#pematuhan tadbir urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan