awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat anggota komando parah dalam kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2017
07:21 MYT
Empat anggota komando parah dalam kemalangan
Pihak bomba mengalami kesukaran dalam mengeluarkan keempat-empat mangsa berikutan keadaan kereta yang yang curam yang telah tersangkut pada penghadang jalan. - Foto Astro AWANI
Empat anggota komando parah selepas kenderaan dinaiki mereka untuk pulang berhari raya hilang kawalan sebelum tersasar dan tersangkut pada penghadang jalan di lebuhraya Alor Gajah Melak- Jasin (AMJ) berhampiran Merlimau pagi tadi.
Kejadian sekitar 9.45 pagi tadi itu menyebabkan keempat- empat mereka yang dalam perjalanan dari Kem Terendak, Sungai Udang Melaka ke Johor tersepit di dalam Perodua Myvi yang dinaiki hampir setengah jam.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Khairuddin Atan berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 9.55 pagi sebelum sebuah jentera dan dua unit EMRS bersama 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pihak bomba mengalami kesukaran dalam mengeluarkan keempat-empat mangsa berikutan keadaan kereta yang yang curam yang telah tersangkut pada penghadang jalan.
Ekoran itu, pihak bomba terpaksa menggunakan pengimbang bagi mengelak kenderaan terbabit terjunam ke dalam gaung dan kesemua mereka hanay berjaya dikeluarkan sekitar 20 minit kemudian.
Kesemua mangsa yang berusia sekitar 20an kemudian terus dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#anggota komando
#kemalangan
#Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan