awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat jabatan kerajaan Pahang terima pencapaian lima bintang

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
02/12/2019
22:00 MYT
Empat jabatan kerajaan Pahang terima pencapaian lima bintang
Wan Rosdy bersama penjawat awam pada Program Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini. - Foto Astro AWANI/Noraniza Kamsani
Empat jabatan kerajaan di negeri ini memperoleh pencapaian cemerlang atau lima bintang dalam pengauditan kewangan berasaskan Indeks Akauntabiliti (AI) oleh Jabatan Audit Negara.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat jabatan kerajaan berkenaan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang (94.07 peratus), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong (92.68 peratus), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang (91.92 peratus) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Pahang (91.60 peratus).
"Pengauditan kewangan AI ini dilaksanakan pada tahun lalu melibatkan 11 agensi negeri Pahang. Selain itu, lima jabatan mendapat empat bintang (baik) dan dua lagi jabatan mendapat tiga bintang (memuaskan),” katanya ketika berucap pada Program Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2018 juga telah memperakukan bahawa kedudukan kewangan Negeri Pahang berada dalam keadaan stabil.
"Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan negeri ini pada akhir Disember 2018 juga telah meningkat sebanyak RM2.09 juta iaitu 1.75 peratus. Peningkatan ini adalah dari RM119.63 juta pada 2017 kepada RM121.72 juta pada tahun 2018," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan pendapatan hasil negeri ini berjumlah RM1 billion dalam tempoh tiga hingga empat tahun bermula tahun hadapan.
"Kita sedang menggembleng usaha ke arah sasaran tersebut bagi memacu pembangunan negeri Pahang, selain menyasarkan 80 peratus kutipan daripada tunggakan hasil tanah yang ada pada tahun hadapan.
"Kita kena guna kaedah pemikiran di luar kotak, jangan guna kaedah lama untuk pastikan sasaran 80 peratus ini dapat dicapai pada tahun 2020," katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Audit Negara
#Pahang
#penjawat awam
#perhimpunan
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan