awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat saman berkaitan BERSIH selesai selepas NSTP mohon maaf

Bernama
Bernama
13/11/2013
23:00 MYT
Empat saman berkaitan BERSIH selesai selepas NSTP mohon maaf
Empat saman berhubung satu artikel tentang Bersih 2.0 yang disiarkan New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) selesai pada Rabu selepas syarikat penerbitan itu mengemukakan permohonan maaf di MahkamahTinggi.
Saman berkenaan difailkan pengerusi Bersih Datuk S.Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Merdeka Strategic Development Centre Sdn Bhd, CIJ Communication Service Sdn Bhd dan Suara Inisiatif Sdn Bhd atau Suaram terhadap NSTP kerana menyiarkan artikel itu pada 21 Sept tahun lepas.
Mereka menamakan pemberita NSTP dan New Straits Times, Farrah Naz Karim sebagai defendan.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong merekodkan satu penghakiman persetujuan mengandungi satu kenyataan permohonan maaf yang dibaca peguam Ranjit Singh, yang bertindak bagi pihak Ambiga dan 14 plaintif di mahkamah terbuka.
Lee memerintahkan, NSTP membayar RM30,000 sebagai kos guaman bagi setiap saman, yang memerlukan syarikat itu membayar RM120,000 bagi keseluruhan kos berhubung empat kes berkenaan.
Ketika membaca kenyataan permohonan maaf itu, Ranjit berkata defendan mengaku bahawa tuduhan yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.
"Kami juga mengaku kami tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong mana-mana tuduhan yang dikatakan itu dan kami tidak mengesahkan maklumat berkenaan dengan Bersih 2.0, CIJ, Suaram dan Merdeka Centre," kata Ranjit.
Beliau berkata, tidak terdapat pengesahan secukupnya bagi maklumat yang digunakan untuk menyokong tuduhan berkenaan dan defendan mengaku bahawa artikel itu tidak sepatutnya disiarkan.
"Kami, (defendan) dengan ini, mengemukakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat kepada Bersih 2.0, Suaram, CIJ dan Merdeka Centre atas tekanan dan keaiban yang dialami akibat artikel itu," kata Ranjit.
Beliau berkata permohonan maaf itu akan disiarkan NSTP dalam akhbar NST pada muka surat tiga dengan cara dan gaya yang sama dalam tempoh 14 hari mulai Rabu.
Ranjit seterusnya berkata NSTP juga akan menyiarkan satu permohonan maaf melalui portal NST Online di muka depannya sebagai item pertama melalui ruang berita utama.
Ketika membaca kenyataan itu, Ranjit berkata pada 21 Sept tahun lepas, NSTP menyiarkan dalam akhbar dan portal berita dalam taliannya artikel "Plot to Destabilise Govt" dengan tajuk kecil, "Exposed: RM20mil paid to several Malaysian organisations since 2005".
Dalam kenyataan tuntutan mereka, Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata perkataan yang digunakan dalam artikel itu membawa maksud mereka, atau mana-mana daripada mereka, melalui Bersih 2.0, berkomplot dengan anasir asing untuk menggugat kestabilan atau menggulingkan Kerajaan Malaysia melalui cara tidak sah atau haram.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan