awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki ditahan kemuka penyata akaun bank syarikat palsu

Bernama
Bernama
25/05/2022
04:30 MYT
Enam lelaki ditahan kemuka penyata akaun bank syarikat palsu
Kesemua mereka dipercayai menggunakan penyata akaun banyak syarikat yang palsu dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di negeri ini pada 2019.
Menurut sumber SPRM, kesemua mereka yang berusia 38 hingga 49 tahun dan merupakan pengarah serta pemilik syarikat ditahan di negeri ini dan Kuala Lumpur, semalam.
"Seorang daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah manakala lima lagi ditahan di SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara 10.28 pagi hingga 5.24 petang," kata sumber itu.
Kesemua mereka dipercayai menggunakan penyata akaun banyak syarikat yang palsu dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Sumber itu memaklumkan SPRM mengambil tindakan dengan merekodkan percakapan mereka selain saksi terlibat serta mendapatkan dokumen yang relevan dalam kes itu.
"Kesemuanya akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin," menurut sumber itu.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#penyata akaun bank syarikat palsu
#syarikat pembersihan
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan