awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pendaki sesat di Gunung Tampin ditemukan selamat

Bernama
Bernama
26/05/2019
06:04 MYT
Enam pendaki sesat di Gunung Tampin ditemukan selamat
Operasi mencari kesemua mangsa selama lapan jam itu melibatkan seramai 23 anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, MUST dan STORM.
Enam pendaki yang dilaporkan sesat semasa mendaki Gunung Tampin petang semalam, ditemukan selamat pagi ini (Ahad).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bomba yang menerima laporan mengenai kesemua mangsa sesat pada 5.12 petang semalam, dan tiba di lokasi pada 5.41 petang.
"Setibanya ditempat kejadian, didapati maklumat mengatakan terdapat enam orang mangsa iaitu tiga lelaki dan tiga wanita sesat semasa mendaki dari Gunung Datuk ke Gunung Tampin. Seorang daripada mangsa mengalami kekejangan otot. Umur kesemua mangsa dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.
"Mangsa berjaya dijumpai pada pukul 1.17 pagi di latitud 2.500531 dan longitud 102.212406 dan anggota kita telah memberi rawatan awal pada mangsa yang mengalami kekejangan otot dan seterusnya membawa mangsa turun dan dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, operasi mencari kesemua mangsa selama lapan jam itu melibatkan seramai 23 anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Multi Skill Team (MUST) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Gunung Tampin
#JBPM
#mencari dan menyelamat
#Negeri Sembilan
#pendaki
#pendaki sesat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan