awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun akan keluarkan tambahan rizab minyak kecemasan
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCOM terus perkukuh keselamatan, tangani kegiatan seludup barang bersubsidi

Bernama
Bernama
09/04/2026
11:26 MYT
ESSCOM terus perkukuh keselamatan, tangani kegiatan seludup barang bersubsidi
ESSCOM terus memperkukuh kawalan keselamatan bagi menangani kegiatan penyeludupan termasuk barangan bersubsidi di pantai timur Sabah melalui ‘smart enforcement’.
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus memperkukuh kawalan keselamatan bagi menangani kegiatan penyeludupan termasuk barangan bersubsidi di pantai timur Sabah melalui ‘smart enforcement’.
Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata perkara itu bukan hanya kerana perkembangan keselamatan semasa tetapi turut melihat kepada isu semasa konflik antarabangsa.
“Ketegangan geopolitik global memberi tekanan kepada rantaian bekalan tenaga, bahan api, sekali gus mendorong peningkatan aktiviti penyeludupan. Ini menjadi cabaran besar kepada agensi penguatkuasa untuk memperketat kawalan sempadan.
“Operasi bersepadu seperti Ops Tiris diperkasa melalui kerjasama termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan sempena Hari Ulang Tahun ESSCOM ke-13, di sini, pada Khamis.
Victor berkata usaha pihaknya membanteras ketirisan dengan melindungi subsidi bagi rakyat itu juga dilihat sebagai menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Selain itu, katanya, ESSCOM turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan yang memberi kesan langsung kepada sosioekonomi tempatan seperti operasi membanteras pusat pelancongan haram misalnya di Semporna.
“Dalam operasi itu, 28 pendatang haram ditahan serta kompaun dikeluarkan dan rampasan bernilai RM680,000, 86 resort didapati beroperasi secara tidak sah, pelbagai pelanggaran undang-undang dikesan termasuk penggajian pekerja tanpa dokumen,” katanya.
Sementara itu, Victor berkata ESSCOM tidak boleh alpa meskipun tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan sejak lima tahun lepas.
“Landskap keselamatan kini lebih kompleks dan memerlukan kesiapsiagaan berterusan, pendekatan proaktif serta penguatkuasaan tanpa kompromi,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#keselamatan
#Sabah
#smart enforcement
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan