awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Etnosentrik mencetus ekstremisme ganas, bukan agama - Kajian

Nailah Huda
Nailah Huda
25/01/2019
01:40 MYT
Etnosentrik mencetus ekstremisme ganas, bukan agama - Kajian
Ketua Penyelidikan IMAN Research Vilashini Somiah (kiri) membentangkan butiran kajiannya mengenai ekstremisme ganas. Astro AWANI/NAILAH HUDA
Sifat etnosentrik atau berpendapat bahawa suatu kumpulan etnik itu lebih unggul berbanding yang lain, menjadi faktor utama ekstremisme ganas di negara ini.
Menurut pengarah IMAN Research, Dina Zaman, sikap manipulatif turut menyumbang kepada gejala sosial keganasan itu.
“Bertentangan dengan anggapan umum, nilai keagamaan serta faktor-faktor ekonomi dan pendidikan tidak mendorong anak muda kepada ekstremisme ganas,” katanya pada satu sidang media di sini pada Khamis
Beliau berkata demikian berdasarkan dapatan daripada kajian yang bertajuk ‘Normative Beliefs about Countering Violent Extremism: A Study on Malaysian Youth’ yang dijalankan pihaknya baru-baru ini.
Kajian terhadap 1,139 anak muda di Sabah dan Selangor itu mendapati, 10 peratus anak muda cenderung kepada ekstremisme ganas.
“Faktor utama merupakan sikap manipulatif dan etnosentrik,” tambahnya.
Pembentangan kaji selidik IMAN Research.
Memandangkan bahawa agama tidak menjadi faktor utama, kata Dina, kajian itu mendapati, pihak berkuasa tidak sepatutnya menangani masalah tersebut melalui pemulihan akhlak dengan pendidikan agama.
Sebaliknya, katanya, pihak berkuasa patut fokus kepada pencegahan awal melalui pendidikan serta pemulihan psikologi.
Kajian berkenaan turut mendapati bahawa lebih ramai anak muda di Sabah yang cenderung kepada ekstremisme ganas berbanding di Selangor.
Walaupun faktor-faktor berkenaan paling menonjol di Selangor, namun turut dijumpai dalam kalangan anak muda Sabah adalah faktor modal sosial, yang menentukan sama ada mereka mempunyai akses kepada sumber asas sosial.
Topic Berkaitan
#agama
#Dina Zaman
#ekstremisme
#etnosentrik
#ganas
#IMAN Research
#Kuala Lumpur
#manipulatif
#pendidikan
#psikososial
#Sabah
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan