awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan - Kallas

Bernama
Bernama
27/03/2026
16:38 MYT
EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan - Kallas
Kallas menekankan keperluan dialog dan penyelarasan dengan rakan antarabangsa. - Gambar/ Reuters

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas, berkata pada Jumaat bahawa perbincangan sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian diplomatik terhadap sekatan di Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa penyelesaian secara ketenteraan bukan pilihan, lapor Anadolu Ajansi.

Bercakap kepada stesen penyiar Perancis BFMTV di luar Mesyuarat Menteri Luar G7 di Perancis, Kallas menekankan keperluan dialog dan penyelarasan dengan rakan antarabangsa.
“Perbincangan sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian diplomatik. Kami tidak melihat sebarang penyelesaian ketenteraan untuk ini. Oleh itu, mesti ada jalan keluar secara diplomatik. Inilah juga yang kami bincangkan di sini bersama pihak Amerika Syarikat,” katanya.
Kallas berkata negara anggota EU sedang memantau rapat perkembangan di Asia Barat.
“Negara anggota benar-benar meneliti bentuk sokongan yang boleh diberikan, kerana kebebasan pelayaran adalah kepentingan bersama kita semua, namun kita juga perlu memahami apakah keperluan konkrit,” katanya.
Ketegangan serantau di Asia Barat meningkat sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu di seluruh rantau itu dan secara berkesan menutup Selat Hormuz kepada kebanyakan kapal. Laluan penting minyak ini biasanya mengendalikan kira-kira 20 juta tong sehari, serta kira-kira 20 peratus perdagangan gas asli cecair global.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#Kaja Kallas
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan