awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

Bernama
Bernama
15/05/2024
08:58 MYT
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Wan Badariah, 47, yang juga ADUN Mata Ayer ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru. - Gambar/ FB Wan Badariah Official
KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak petang semalam.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Wan Badariah, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer dari parti PAS ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.
"Beliau dimasukkan ke hospital petang semalam dan masih ditidurkan tetapi (keadaan) stabil.
"Kita doakan beliau cepat sembuh, punca awal tiroid, kemudian dikesan (mengalami komplikasi) jantung dan paru-paru...ada air dalam paru-paru," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Mohd Shukri berkata pada masa ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan melantik pemangku bagi menggalas tugas Wan Badariah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Perlis
#Exco Perlis
#komplikasi jantung
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan