awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1 batalkan GP Bahrain, Arab Saudi susulan ketegangan di Asia Barat

Bernama
Bernama
15/03/2026
02:20 MYT
F1 batalkan GP Bahrain, Arab Saudi susulan ketegangan di Asia Barat
Dalam satu kenyataan, F1 memaklumkan beberapa alternatif telah dipertimbangkan, namun akhirnya diputuskan bahawa tiada perlumbaan gantian akan diadakan pada April. - Gambar Bernama
Formula Satu (F1) mengesahkan pada awal Ahad bahawa perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain dan Arab Saudi tidak akan berlangsung pada April berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat susulan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, F1 memaklumkan beberapa alternatif telah dipertimbangkan, namun akhirnya diputuskan bahawa tiada perlumbaan gantian akan diadakan pada April.
“Perlumbaan Formula 2, Formula 3 dan F1 Academy juga tidak akan berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan. Keputusan ini dibuat melalui rundingan penuh dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta penganjur berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group Stefano Domenicali berkata keputusan itu sukar namun merupakan langkah yang tepat mengambil kira situasi semasa di Asia Barat.
“Bahrain dan Arab Saudi amat penting kepada ekosistem musim perlumbaan kami, dan saya berharap dapat kembali ke kedua-dua negara itu sebaik sahaja keadaan mengizinkan,” kata Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain Sheikh Salman bin Isa Al Khalifa menyatakan sokongan terhadap keputusan F1 itu serta mengucapkan terima kasih kepada FIA dan komuniti F1. Beliau berkata Bahrain menantikan kehadiran semula peminat apabila perlumbaan F1 kembali diadakan.
Pengerusi Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF) serta Pengerusi Saudi Motorsport Company (SMC), Putera Khalid bin Sultan Al-Abdullah Al-Faisal berkata kerajaan Arab Saudi menghormati keputusan kalendar F1 2026 dan menegaskan perkongsian berterusan dengan F1.
Sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang, termasuk PemimpinAgung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, permusuhan semakin memuncak.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Formula Satu
#Asia Barat
#Persekutuan Automobil Antarabangsa
#negara teluk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan