awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina jamin lima beradik tidak miliki dokumen diberi bantuan pendidikan

Bernama
Bernama
23/02/2026
08:33 MYT
Fadhlina jamin lima beradik tidak miliki dokumen diberi bantuan pendidikan
Fadhlina hadir ke Sekolah Kebangsaan Petaling 1 untuk menyantuni lima beradik yang kisah mereka tular baru-baru ini kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. - Foto FB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi bantuan dan peluang pendidikan terbaik kepada lima beradik yang tular tidak mempunyai dokumen pengenalan diri bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam pembelajaran.
Fadhlina menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata proses pendaftaran persekolahan kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun itu berjalan lancar dan mereka kini dapat bersekolah sama seperti kanak-kanak lain.
"Pagi ini saya hadir ke Sekolah Kebangsaan Petaling 1 untuk menyantuni lima beradik yang kisah mereka tular baru-baru ini kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
"Tindakan proaktif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memastikan isu yang berbangkit diselesaikan segera dan anak-anak warganegara ini mendapat dokumen pengenalan diri masing-masing," katanya.
Pada 12 Feb lepas, kelima-lima beradik itu menerima sijil kelahiran dan MyKid yang diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Pangsapuri Rima Riang.
Lima kanak-kanak itu ialah Mohamat Nor Shuhairil Mohd Zahari, 11, Noor Hairiza, 10, Noor Syuhaila, lapan, Mohamat Nor Zuhairi, tujuh, dan Noor Faszila, empat.
Sebelum ini, perjuangan ibu tunggal Noorsyuhada Mohamad, 33, yang juga ibu kepada tujuh anak mula mendapat perhatian selepas video kedaifan keluarganya tular di media sosial melalui inisiatif seorang aktivis sosial pada 24 Jan.
JPN Selangor kemudiannya segera turun padang memulakan proses verifikasi dokumen dan pengesahan hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima beradik
#tiada pengenalan diri
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan