awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan anjuran ICESCO di Oman

Bernama
Bernama
02/10/2024
04:00 MYT
Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan anjuran ICESCO di Oman
Fadhlina mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Oman yang berlangsung di Muscat, Oman selama dua hari bermula hari ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO) Oman yang berlangsung di Muscat, Oman selama dua hari bermula hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, Fadhlina akan menyampaikan kenyataan negara dalam persidangan tersebut, dengan memberi tumpuan bagi memastikan pendidikan berkualiti yang menjadi teras pembangunan lestari.
Menurut KPM, Fadhlina akan berkongsi amalan dan pengalaman Malaysia dalam memperkasakan pendidikan digital serta bidang kecerdasan buatan (AI).
Kenyataan itu memaklumkan, Fadhlina dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan termasuk dengan Ketua Pengarah ICESCO, Dr Salem Mohammed Al-Malik dan ketua perwakilan negara anggota untuk bertukar pandangan berkaitan kerjasama di bawah inisiatif ICESCO dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Persidangan yang melibatkan penyertaan menteri pendidikan dan delegasi dari 27 negara anggota ICESCO itu merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Oman dan Suruhanjaya Pendidikan, Budaya dan Sains Oman.
Tujuan penganjuran persidangan adalah untuk memperkukuh komitmen dalam mentransformasi pendidikan, merapatkan jalinan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#ICESCO
#Persidangan Menteri Pendidikan
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan