awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan hiburan Siti Nor Hafiza

Bernama
Bernama
28/12/2023
16:30 MYT
Fahmi ucap takziah kepada keluarga wartawan hiburan Siti Nor Hafiza
Siti Nor Hafiza, 40, sebelum itu dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia di London hari ini.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan, yang kritikal di hospital London.
"Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia. Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah Fiza Kamaruddin. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah," katanya dalam hantaran di akaun Facebook malam ini.
Terdahulu, suaminya Mohd Roshdi Ramli memaklumkan kepada Bernama bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Siti Nor Hafiza, 40, sebelum itu dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.
Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suaminya Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#ucap takziah
#wartawan hiburan
#Siti Nor Hafiza Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan