awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fakta diputarbelit Tony Pua, kata Peter Chin

Bernama
Bernama
08/02/2013
05:21 MYT
Fakta diputarbelit Tony Pua, kata Peter Chin
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyifatkan dakwaan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua bahawa kerajaan persekutuan 'menyelamatkan' Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melibatkan dana yang kini meningkat kepada RM3.41 bilion sebagai karut.
Ketika menafikan 'fakta yang diputarbelit' Pua itu, Chin berkata dari segi industri air, kerajaan persekutuan tidak pernah menyelamatkan mana-mana pihak tetapi ia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat, terutamanya bagi memastikan bekalan air mencukupi.
"Dari segi penggunaan air oleh rakyat dan untuk pembangunan negara, ia menjadi satu keutamaan bagi kerajaan persekutuan. Sebab itulah sebuah kementerian khusus mengenai (isu) air ditubuhkan," katanya.
Isnin lepas, Pua, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP, mendakwa peruntukan tambahan RM120 juta bagi menaik taraf kemudahan air yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, menjadikan jumlah dana untuk 'menyelamatkan' Syabas daripada kerajaan persekutuan kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.
Chin berkata kerajaan persekutuan tidak pernah mengambil alih bon yang keluarkan oleh Syabas dan tiga lagi pemegang konsesi -- Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abass. Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah membeli atas dasar 'berminat membeli, berminat menjual' daripada pemegang bon, terdiri daripada beberapa institusi korporat terkemuka.
Topic Berkaitan
#air
#Peter Chin Kah Fui
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan