awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
08/02/2023
21:45 MYT
Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Fadillah berucap pada Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia sempena lawatan kerja rasminya selama tiga hari di sebuah hotel, di Jakarta, malam tadi. --fotoBERNAMA
JAKARTA: Fenomena brain drain atau penghijrahan pakar di Malaysia boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana kerajaan masih boleh memanfaatkan kepakaran mereka untuk kepentingan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata antara faktor berlakunya brain drain dalam bidang penyelidikan adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain seperti di Silicon Valley, Amerika Syarikat, yang mampu meningkatkan kepakaran dan potensi.
"Di Malaysia ramai yang pergi ke negara lain terutamanya dalam bidang sains dan teknologi disebabkan tidak ada rantaian nilai keseluruhan yang boleh memberikan keselesaan dan kemudahan kepada mereka.
"Brain drain perlu dilihat dari sudut yang berbeza iaitu bagaimana kita manfaatkan rakyat yang berada di luar agar dapat menyumbang kepada negara.
"Pada saya kalau ada penghijrahan untuk tujuan tersebut ia adalah sesuatu yang baik," katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Indonesia di sini malam tadi, sempena lawatan kerja tiga hari bermula semalam.
Selain menjadi penghubung antara Malaysia dengan negara tempat mereka berada, Fadillah berkata hasil penyelidikan pakar-pakar ini boleh digunakan di Malaysia.
Terdahulu, Fadillah dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 6.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu Malaysia).
Hari ini, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto untuk membincangkan isu-isu berkaitan minyak sawit.
Antara yang dibincangkan termasuk strategi untuk mengatasi Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dan meneroka cara mengukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#brain drain
#minyak sawit
#lawatan kerja ke Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan