awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri terkandas: Ferry Line mohon maaf, tanggung kos penumpang

Salim Aziz
Salim Aziz
21/06/2018
02:26 MYT
Feri terkandas: Ferry Line mohon maaf, tanggung kos penumpang
Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan dan dihantar ke jeti Kuala Perlis jam 4.30 pagi. - Foto ihsan penumpang
Pengurus operasi Ferry Line, Leftenan Bersara Baharin Baharum, meminta maaf atas kejadian yang melibatkan 423 penumpang dan 8 anak kapal yang terkandas di tengah laut pada Rabu.
Dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, feri dua tingkat tersebut dalam perjalanan dari jeti Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum terkandas di perairan Kuala Perlis selepas terlanggar beting pasir.
Pihaknya menyalahkan faktor cuaca dan isu teknikal berhubung insiden yang berlaku itu.
Tambahnya, pihaknya juga akan bertanggungjawab dengan menggantikan semula tiket penumpang yang terkandas, termasuk menguruskan penginapan bagi semua yang terjejas.
"Kami sudah sediakan penginapan hotel untuk kesemua penumpang yang terkandas.
"Kami juga ada sediakan perkhidmatan bas untuk menghantar penumpang ke destinasi masing-masing.
"Ini kali pertama perkara seperti ini berlaku dan mungkin kali pertama di Malaysia. Jadi kami di Ferry Line mohon maaf atas kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi.
Kos ganti rugi tiket dan penginapan penumpang dianggarkan hampir RM10,000.
Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), insiden tersebut berlaku kira-kira 100 meter dari jeti Kuala Perlis.
Dengan bantuan aset polis marin dan bot nelayan tempatan termasuk aset Maritim Malaysia, operasi menyelamat bermula jam 2 pagi selepas air laut pasang.
Kesemua penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan dan dihantar ke jeti Kuala Perlis jam 4.30 pagi.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Walaupun bersyukur telah selamat tiba ke jeti Kuala Perlis, rata-rata penumpang meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan feri tersebut.
Ini kerana mereka mendakwa insiden tersebut tidak ditangani dengan baik.
"Kejadian berlaku jam 8.30 malam tetapi dalam jam 10 lebih baru bot bilis yang pertama sampai.
"Dalam jam 11.20 malam baru kelihatan seseorang berbincang dengan kapten," kata salah seorang penumpang, Aiman Hasmi Pisal yang juga merupakan seorang kakitangan awam.
Ada pula terlepas bas dan penerbangan balik ke destinasi masing-masing kerana mendakwa tindakan menyelamat lambat tiba.
Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, setakat jam 2 pagi, pihaknya telah menerima lebih 163 aduan berkaitan insiden itu.
Pihaknya turut melahirkan rasa kecewa kerana insiden yang buat kali pertama berlaku itu dikatakan tidak ditangani dengan baik.
Topic Berkaitan
#beting pasir
#feri terkandas
#Ferry Line
#jeti Kuah
#Kuala Perlis
#Langkawi
#Maritim Malaysia
#minta maaf
#Penginapan
#perairan Kuala Perlis
#tiket
#Zainudin Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan