awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#FRANKFURT – Volkswagen Tiguan generasi kedua sudah muncul

Astro Publication
Astro Publication
15/09/2015
07:09 MYT
#FRANKFURT – Volkswagen Tiguan generasi kedua sudah muncul
Volkswagen sudah menampilkan kepada kita rekabentuk terbaharu SUV Tiguan di pameran kereta Frankfurt yang sedang berlangsung sekarang. Terdapat tiga variasi yang ada – model biasa, R-Line yang lebih ‘sporty’, dan juga yang dikhaskan untuk tugas mencabar di atas permukaan lasak. Sebagai tambahan VW juga ada membawa konsep Tiguan GTE yang menggunakan sistem pacuan hibrid ‘plug-in’ dengan kuasa 215hp untuk membayangkan perkembangan masa hadapan SUV ini. Sekarang Tiguan adalah SUV pertama daripada Kumpulan Volkswagen yang menggunakan platform MQB sepertimana yang digunakan oleh (antara lain) model Golf. Rekaannya adalah lebih menarik berbanding sebelum ini; dan lebih penting adalah ia lebih 50kg lebih ringan dari dahulu. Tiguan generasi kedua ini turut menawarkan ruang lebih banyak – ruang kargo belakang sebagai contoh, adalah 615 liter. Tetapi dengan menurunkan kerusi di barisan kedua, ruang ini meningkat ke 1,665 liter. Pilihan enjin pula terdiri daripada lapan, namun tiada butiran tambahan mengenai enjin-enjin ini selain daripada ia mempunyai output-output yang bermula daripada 113hp sehingga 237hp. Kecekapan enjin telah dipertingkatkan sehingga 24%. Kelincahan dan cengkaman datang daripada sistem 4Motion. Untuk sistem keselamatan aktif dan pasif, ia terdiri daripada Front Assist (dengan City Emergency Braking dan Pedestrian Monitoring), Lane Assist, dan sistem brek automatik pasca-perlanggaran; dan semuanya dipasang sebagai peralatan standard.
(Sila klik untuk galeri penuh)
Topic Berkaitan
#
# Frankfurt
# TIGUAN
#Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan