awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat

Fareez Azman
Fareez Azman
10/11/2020
05:24 MYT
Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
Young Syefura memohon maaf selepas gambarnya berkelah di tepi pantai di Selangor tular di media sosial. Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (AUN) Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf dan rela disiasat berhubung gambarnya yang sedang berkelah tular di media sosial baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi posting di akaun Twitternya hari ini.
"Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.
"Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP COVID-19," katanya.
Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya x menggunakan sebarang kelebihan sbg seorg wakil rakyat utk bergerak di dlm Selangor, negeri saya bermastautin. Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan sy melanggar sebarang SOP Covid-19. Tq.
— YS (@youngsyefura) November 9, 2020
Gambar yang tular itu menunjukkan Young Syefura berkelah di tepi pantai berhampiran Sepang bersama empat individu lain.
Ia tular selepas wakil rakyat itu sendiri dikatakan memuat naiknya ke akaun Instagram.
Bagaimanapun, ia didapati telah dipadamkan selepas mendapat perhatian netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan terbabit.
Malah, sebilangan netizen dilihat mendesak Young Syefura meletak jawatan susulan tindakannya itu.
Aktiviti berkelah merupakan antara yang dilarang di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selangor diletakkan di bawah PKPB sejak 14 Oktober lalu dan dijangka berakhir 6 Disember ini.
Topic Berkaitan
#ADUN Ketari
#Young Syefura
#ADUN Pahang
#PKPB
#langgar SOP
#netizen
#mohon maaf
#siasatan
#PDRM
#COVID-19
#berkelah
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan