awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Ampang beransur pulih

Bernama
Bernama
08/02/2020
02:01 MYT
Gangguan bekalan air di Ampang beransur pulih
Bantuan lori tangki terus digerakkan dan pelanggan boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, Ampang dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan. - Gambar hiasan
Gangguan bekalan air di 54 kawasan di Ampang pulih, dan mencapai tahap 84.4 peratus setakat pukul 7 pagi tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan perkara itu berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, mengikut jumlah kawasan yang terjejas.
Sementara itu, 10 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya, berikutan kedudukan premis berada di penghujung kawasan agihan dan di kawasan tinggi.
Antara kawasan masih belum pulih sepenuhnya termasuk Bukit Antarabangsa, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Tasik Permai, Kampung/Taman Tasek Tambahan, Taman Fairuza Ampang, Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Baru Ampang dan Taman Sri Bayu Ampang.
Menurut kenyataan itu, bantuan lori tangki terus digerakkan dan pelanggan boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, Ampang dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau menghubungi talian 15300.
Air Selangor akan terus memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi aplikasi telefon pintar Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com serta akaun rasmi media sosial termasuk Twitter, Facebook dan Instagram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Ampang
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan