awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang

Bernama
Bernama
15/02/2015
23:40 MYT
Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang
Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka dialami sebahagian pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula hari ini.
Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka dialami sebahagian pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula semalam.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata ini ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak pukul 8 pagi semalam.
"Keadaan berlaku apabila kandungan ammonia dan manganese di dalam air sungai tersebut berada di paras melebihi aras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu.
Sehingga kini Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd sedang mengenal pasti punca pencemaran dan operasi loji rawatan dijangka pulih bergantung kepada tahap pencemaran tersebut.
Ekoran itu, sejumlah 39 kawasan di Wilayah Petaling, 216 kawasan (Wilayah Hulu Langat), 62 kawasan (Wilayah Kuala Langat) dan 61 kawasan (Wilayah Sepang) dijangka terputus bekalan air dan tekanan air rendah.
Bagi mengurangkan kesulitan, pihak Syabas akan menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki dan tangki air statik.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Hulu Langat
#Kuala Langat
#Petaling
#Sepang
#Sungai Semenyih
#SYABAS
#tangki air statik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan