awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air selama 12 jam di 15 kawasan P. Pinang

Bernama
Bernama
25/04/2017
11:26 MYT
Gangguan bekalan air selama 12 jam di 15 kawasan P. Pinang
Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan itu. - Gambar hiasan
Kira-kira 24,000 penduduk di Permatang Damar Laut dan Batu Maung di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula 9 pagi pada 29 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata gangguan itu disebabkan penutupan sementara saluran paip 600mm ke kawasan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan.
"Sebanyak lapan pengalihan saluran paip air akan dilaksanakan untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan sedia ada oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Sabtu ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Antara kawasan terjejas ialah Residence South Bay, Kampung Batu Maung, Lengkok Batu Maung dan kawasan berdekatan, Taman Sunway Mutiara, Taman Bidara, Medan Batu Maung dan kawasan berdekatan.
Turut terjejas ialah Taman Sunway Tunas Jaya, Taman Gembira, Taman Sri Bayan, Taman Sunway Cassia, Taman Desa Wangsa, Kampung Permatang Damar Laut, Perumahan Kluster Permatang Damar Laut, Permatang Tepi Laut dan Kawasan Perindustrian Diamond Valley.
Sehubungan itu, Jaseni menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Jaseni Maidinsa
#pengalihan saluran paip air
#Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan