awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA

Bernama
Bernama
20/07/2024
07:45 MYT
Gangguan IT global: Keseluruhan ahli tidak terjejas - MRCA
Pada Jumaat, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan IT global. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) berkata gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan keseluruhan ahli-ahlinya walaupun mungkin terdapat beberapa isu dalam pesanan dalam talian.
"Bagi ahli-ahli kami, gangguan itu tidak menjejaskan semua orang, kecuali, mungkin ada beberapa ahli yang berurusan dengan pesanan dalam talian, aplikasi mudah alih, pembayaran dalam talian dan dalam rantaian bekalan, kemungkinan sedikit sebanyak ada menerima impak daripada gangguan tersebut,"kata MRCA kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, persatuan itu berkata ia tidak menerima apa-apa laporan utama daripada ahlinya dan percaya mereka telah mengambil langkah-langkah atau melaksanakan pelan tindakan balas untuk menangani beberapa halangan sementara ini.
"Ini mungkin tidak semestinya sama di tempat lain, tetapi buat masa ini walaupun kami tidak melihat sebarang kesan negatif yang besar, kami akan terus memantau perkembangan ini yang dipanggil halangan perniagaan sementara akibat gangguan global," kata persatuan itu.
Mengenai perkhidmatan pelanggan, MRCA berkata, ahlinya telah memaklumkan pelanggan masing-masing untuk menggunakan cara alternatif semasa membuat pesanan atau sebagainya.
Terdahulu pada Jumaat, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan IT global.
Gangguan IT itu dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike Inc, syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat berpangkalan di Austin, Texas, yang menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.
Ditubuhkan pada 1992, MRCA kini mempunyai lebih 550 ahli mewakili lebih 40,000 cawangan, menyediakan lebih 400,000 peluang pekerjaan di Malaysia dan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan IT global
#Malaysia
#rangkaian runcit
#mrca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan