awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan sistem di KLIA ditangani, kesesakan berkurangan

Bernama
Bernama
24/08/2019
03:31 MYT
Gangguan sistem di KLIA ditangani, kesesakan berkurangan
Duta Airport CARE bekerja keras bagi menentukan keselesaan penumpang dengan mengedarkan minuman kepada mereka. --fotoBERNAMA
Gangguan sistem di KLIA mula ditangani dan keadaan bertambah baik dengan kesesakan di lapangan terbang itu berkurangan dan orang ramai yang beratur di kaunter daftar masuk terkawal.
Ini berikutan tindakan Malaysia Airports untuk menangani masalah dengan menggantikan peralatan rangkaian selepas ia dikenal pasti punca kegagalan rangkaian dan sistem.
Gangguan sistem sejak Rabu malam (21 Ogos) telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata sejak penggantian peralatan rangkaian, terdapat kemajuan dalam kestabilan rangkaian.
"Sistem kritikal di terminal utama KLIA kebanyakannya kini berjalan dengan lancar," katanya
Jurucakap Malaysia Airports berkata mereka masih memantau kestabilan sistem sejak penggantian peralatan itu.
Tinjauan Bernama pada 9.30 pagi mendapati keadaan lapangan terbang itu dalam kawalan dan kakitangan Malaysia Airports kelihatan di serata tempat membantu para penumpang.
Duta Airport CARE itu bekerja keras bagi menentukan keselesaan penumpang dengan mengedarkan minuman teh dan kopi dari 6.30 pagi hingga 9 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duta Airport CARE
#gangguan sistem
#ganti peralatan rangkaian
#kegagalan
#kesesakan
#KLIA
#lapangan terbang
#Malaysia
#Malaysia Airports
#penerbangan
#penumpang
#peralatan
#Raja Azmi Raja Nazuddin
#rangkaian
#sambungan WiFi
#Terminal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan