awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung lesen PSV jika memandu sambil guna telefon, lebih had laju

Israr Khalid
Israr Khalid
31/12/2016
08:00 MYT
Gantung lesen PSV jika memandu sambil guna telefon, lebih had laju
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Nadzri Siron (kanan) melakukan pemeriksaan tekanan tayar pada sebuah bas ekspres ketika Ops Jalan di Terminal Bersepadu Selatan hari ini. - Bernama
Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggantung lesen vokasional PSV pemandu bas ekspres yang didapati bersalah memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan melebihi had laju.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, setiap syarikat bas ekspres juga perlu menyediakan dua orang pemandu bagi setiap perjalanan yang melebihi jarak 300 kilometer.
Kegagalan berbuat demikian, syarikat terlibat boleh dikenakan kompaun RM300 juga didakwa di mahkamah yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 jika disabit bersalah.
Pihak kementerian juga maklumnya berunding dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menggantung permit syarikat bas ekspres yang melakukan kesalahan disebutkan secara berulang.
“Ini kerana kita dapati kemalangan yang berlaku di Pagoh baru-baru ini memang tiada pemandu kedua dan pemandu tersebut telah memandu lebih daripada lapan jam. Melihat kepada rekod pemandu itu juga dia telah memandu dari Pulau Pinang ke Johor dan dari Johor balik ke Kuala Lumpur.
“Ini memang salah dari segi undang-undang dan syarikat tersebut dibawa ke mahkamah untuk berdepan semua pertuduhan. Keselamatan penumpang dan orang ramai adalah diutamakan,” katanya selepas membuat lawatan dan pemantauan mengejut ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.
Tegas Liow, ia merupakan antara tindakan tegas yang diambil dalam mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku dan lebih banyak nyawa terkorban.
Nahas pada Sabtu, 24 Disember lepas itu telah meragut 14 nyawa sementara 16 yang lain cedera apabila bas ekspres terlibat terbabas lalu terjunam ke gaung sedalam 10 meter dekat Muar, Johor pada jam 3.40 pagi.
Sementara itu Liow turut memaklumkan sepanjang Op Jalan yang dilaksanakan sempena musim perayaan Krismas tempohari, 90 notis saman telah dikeluarkan daripada keseluruhan 1,434 buah bas yang diperiksa di terminal.
Sementara 4,000 saman pula dikeluarkan daripada 12,600 kenderaan yang diperiksa sepanjang operasi yang bermula 24 hingga 26 Disember itu.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#Menteri Pengangkutan
#nahas bas
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan