awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan baharu kes buli diedar mulai minggu depan

Bernama
Bernama
30/03/2016
12:42 MYT
Garis panduan baharu kes buli diedar mulai minggu depan
Menurut Mahdzir, dalam kes buli, tindakan cepat perlu diambil dan paling penting adalah siasatan. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan akan mengedarkan garis panduan baharu bagi menambah baik pengendalian kes buli dalam kalangan pelajar di semua sekolah di seluruh negara mulai minggu depan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata antara penambahbaikan dalam garis panduan itu melibatkan proses dan tempoh siasatan sesuatu kes bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.
"Tindakan cepat perlu diambil dan dalam kes buli paling penting adalah siasatan, yang libatkan pelajar sama ada yang kena buli atau dibuli, oleh pengurusan sekolah... adakah melibatkan kes polis atau tidak.
"Tidak boleh tunggu tubuh satu jawatankuasa, baru nak ambil tindakan, akan jadi lambat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang di sini, Rabu.
Beliau berkata kebanyakan kes buli tidak melibatkan polis sebaliknya hanya menjadi kes dalaman yang melibatkan ibu bapa mangsa, pembuli serta pengurusan sekolah.
"Biasanya kalau kes ringan, selesaikan di peringkat sekolah, kalau tahap dua, tak boleh selesai di sekolah, barulah pergi ke peringkat ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri," katanya.
Mahdzir berkata tindakan yang dikenakan terhadap pelajar yang didapati bersalah kerana membuli adalah berperingkat iaitu amaran, gantung sekolah dan dipindahkan ke sekolah lain.
Beliau berkata hukuman berkenaan adalah sebagai pengajaran manakala tindakan lebih serius seperti buang sekolah adalah penyelesaian terakhir bagi pelajar yang terlibat dengan jenayah.
"Buang sekolah ni, kadang-kadang tidak beri peluang kepada pelajar, sebab mereka masih budak, tapi kami tengok tahap (kesalahan) juga, pindah sekolah pun sudah dapat memberi pengajaran kepada mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#berita kes buli
#garis panduan
#kes buli di sekolah
#Mahdzir Khalid
#proses kendali kes buli
#tempoh siasatan kes buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan