awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jepun beri amaran gempa susulan selepas gegaran kuat 7.5 magnitud
PM terima kunjungan Presiden OCA, fokus perkasa MOM
Lebih 1,000 peserta warnai Visit Malaysia 2026 Color Run edisi Sungai Petani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa 7.5 magnitud cetus amaran tsunami di utara Jepun

Astro AWANI
Astro AWANI
20/04/2026
08:51 MYT
Gempa 7.5 magnitud cetus amaran tsunami di utara Jepun
Gempa dikesan pada jam 4.53 petang waktu tempatan (3.53 petang waktu Malaysia), dengan pusat gempa terletak di Lautan Pasifik di luar pantai Sanriku, pada kedalaman kira-kira 10 kilometer. -Foto USGS
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami sehingga tiga meter bagi wilayah Iwate, Aomori dan Hokkaido susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 yang melanda perairan luar pantai utara negara itu, petang ini.
Gempa dikesan berlaku pada jam 4.53 petang waktu tempatan (3.53 petang waktu Malaysia), dengan pusat gempa terletak di Lautan Pasifik di luar pantai Sanriku, pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.
JMA menggesa penduduk di kawasan pesisir pantai utara supaya segera berpindah ke kawasan lebih tinggi atau ke bangunan pemindahan tsunami yang telah ditetapkan.
Kesan gegaran turut dirasai hingga ke Tokyo, ratusan kilometer dari pusat gempa, menyebabkan bangunan pencakar langit bergoyang.
Susulan itu, perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen laluan Tohoku antara Stesen Tokyo dan Shin-Aomori digantung serta-merta sebagai langkah keselamatan.
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengarahkan penubuhan pasukan petugas kecemasan bagi menyelaras operasi pemantauan dan bantuan, selain menggesa pihak berkuasa memberi keutamaan sepenuhnya kepada keselamatan nyawa penduduk.
Setakat ini, kapal-kapal di Pelabuhan Hachinohe dilaporkan telah belayar keluar ke laut dalam sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan ombak tsunami.
Pihak berkuasa turut memantau rapi kesan kejadian terhadap loji kuasa nuklear di wilayah Hokkaido dan Tohoku, yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat ketika gempa berlaku.
Tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar diterima setakat ini.
Topic Berkaitan
#Jepun
#gempa bumi
#amaran tsunami
#JMA
#Hokkaido
#Sanriku
#bencana alam
#asia timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan