awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi di Laut Sulu dirasai di Sandakan

Bernama
Bernama
25/02/2015
07:36 MYT
Gempa bumi di Laut Sulu dirasai di Sandakan
Kesan gegaran menyebabkan kira-kira 200 orang yang sedang berada di dalam bangunan Wisma Majlis Perbandaran Sandakan bergegas keluar. -Gambar fail
Gegaran gempa bumi di Laut Sulu hari ini turut dirasai di sini.
Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter itu terletak 194 kilometer dari timur laut Kinabatangan.
Kesan gegaran menyebabkan kira-kira 200 orang yang sedang berada di dalam bangunan Wisma Majlis Perbandaran Sandakan terpaksa bergegas keluar.
Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hamsan Awang Supain yang turut berada di dalam bangunan tersebut berkata gegaran dirasai kira-kira pukul 9.30 pagi.
Beliau berkata 50 pegawai MPS yang sedang bermesyuarat dengannya diarah untuk mengosongkan bangunan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya dipanggil bagi membuat pemeriksaan struktur bangunan.
Selain Sandakan, gegaran juga dilapor berlaku di Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Hamsan Awang Supain
#Laut Sulu
#Majlis Perbandaran Sandakan
#MPS
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan