awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GKP 4.0: Bemanfaat untuk jangka masa lebih panjang, PKS boleh luaskan pasaran digital

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
17/09/2021
11:41 MYT
GKP 4.0: Bemanfaat untuk jangka masa lebih panjang, PKS boleh luaskan pasaran digital
Abd Azharee Abd Wahid menjelaskan meskipun jumlahnya tidak banyak, ia sedikit sebanyak mampu memperkasakan perniagaan dalam jangka masa lebih panjang berbanding sebelum ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM1,000 lagi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan mula dibayar pada 21 September boleh dijadikan sebagai peluang kepada peniaga untuk meluaskan pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abd Wahid menjelaskan meskipun jumlahnya tidak banyak, ia sedikit sebanyak mampu memperkasakan perniagaan dalam jangka masa lebih panjang berbanding sebelum ini.
“Kalau dulu kita rancang dalam masa dua minggu kerana kita tidak tahu apa yang berlaku kepada status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya.
“Tetapi sekarang nampak gaya ada harapan untuk lebih panjang jadi bermula daripada hari ini, sepatutnya dah mula rancang sekurang-kurangnya sampai hujung tahun.
“Dijangkakan juga bulan 10 adalah fasa endemik, ada ruang dan peluang untuk meniaga. Gunakan RM1,000 itu, meskipun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya gunakannya untuk yang penting,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: GKP 4.0: Kerajaan salur RM500 juta kepada PKS mikro, bayaran mulai 21 Sept
Kata Azharee lagi, para peniaga kecil boleh memastikan bantuan yang diterima itu digunakan untuk aktiviti meluaskan sistem pemasaran.
“Pastikan untuk kegiatan meluaskan pasaran, sama ada untuk pasaran, barang bahan mentah, benda-benda yang penting untuk pastikan kita boleh jumpa pasaran yang lebih besar.
“Ia kerana walaupun sudah ramai orang boleh keluar, orang ramai boleh membeli di mana-mana di tepi jalan, di pasar dan sebagainya.
“Namun, masih ada kekangan masih ada orang yang tidak keluar rumah. Jadi bagaimana kita ingin pastikan orang yang tidak boleh keluar itu?
“Kita gunakan pendekatan terhadap mereka dengan menggunakan digital platform untuk berjumpa mereka supaya kita tidak ketinggalan, dalam masa yang sama kita boleh teruskan perniagaan di peringkat konvensyenal,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#GKP 4 0
#PKS
#peniaga
#pasaran digital
#pks mikro
#PEMULIH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan