awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan muda perlu buang sikap 'mudah selesa' - PM

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2019
16:51 MYT
Golongan muda perlu buang sikap 'mudah selesa' - PM
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Sabtu malam. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan terhadap generasi muda masa kini yang hidup dengan penuh keselesaan sehingga tidak sedar betapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk membawa negara ke tahap ini.
Katanya, golongan muda perlu menghentikan persepsi `mudah selesa' bagi mengelak negara menjadi mundur serta berkemungkinan dijajah untuk kali kedua daripada sudut penjajahan minda dan ekonomi.
“Ketika harapan kita sangat besar kepada generasi masa kini, kita juga bimbang kerana generasi muda hari ini hidup dengan penuh keselesaan sehingga mereka tidak sedar betapa banyak pengorbanan yang dilakukan untuk membawa negara ke tahap sekarang.
“Sebahagian daripada mereka menjadi generasi yang lupa akan perjalanan serta perjuangan bangsa. Pada mereka ini, keadaan baik dan selesa dalam negara adalah perkara biasa, dan masalah negara bukanlah tanggungjawab mereka kerana persepsi seperti ini boleh runtuhkan negara.
“Maka semangat patriotisme dan jati diri perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini kerana keperibadian mereka akan mencerminkan keperibadian negara pada masa kini dan akan datang,” katanya ketika merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan malam Sabtu.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Bulan Kebangsaan 2019, dan Ketua Menteri, Adly Zahari.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sebahagian daripada anak muda menjadi generasi yang lupa akan perjalanan dan perjuangan bangsa.
Jelas beliau, ini kerana, keadaan selesa ini adalah biasa dan masalah negara bukanlah tanggungjawab generasi muda.
Tambahnya, persepsi seperti inilah yang boleh meruntuhkan negara maka semangat patriotisme dan jati diri perlu dipupuk dalam diri generasi muda kerana keperibadian mereka mencerminkan keperibadian negara pada masa kini dan akan datang.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Gobind Singh Deo
#Jalur Gemilang
#Ketua Menteri
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Melaka
#Perdana Menteri
#sambutan merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan