awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik

Bernama
Bernama
24/07/2024
07:15 MYT
Guru didakwa lakukan kekerasan terhadap kanak-kanak autistik
Thinesh (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, atas satu pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak autisme berusia enam tahun, minggu lalu. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa, minggu lepas.
M. Thinesh, 33, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di pusat jagaan berkenaan di sini pada 11.50 pagi, 16 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri menawarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam Y. Sharvin Nair mewakili Thinesh tidak membantah syarat tambahan dan jumlah jaminan dicadangkan pihak pendakwaan.
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang guru direman tujuh hari sehingga esok susulan laporan polis berhubung kejadian seorang guru disyaki memukul, menendang dan menarik seorang kanak-kanak lelaki autistik sehingga terjatuh daripada kerusi di sebuah pusat jagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#kes dera
#kanak-kanak autistik
#Autisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan