awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tabika cedera selamatkan 9 murid daripada lelaki amuk

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2023
07:15 MYT
Guru tabika cedera selamatkan 9 murid daripada lelaki amuk
Guru wanita itu dibantu pengawal keselamatan yang berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Media sosial
SARIKEI: Seorang guru wanita cedera dalam usaha menyelamatkan sembilan muridnya daripada seorang lelaki yang mengamuk di sebuah tadika di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, suspek dipercayai datang secara tiba-tiba di tabika terbabit dan cuba memasukinya.
"Suspek berusia 17 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Dia bertindak memecahkan tingkap serta pintu belakang tabika berkenaan sebelum bergelut dengan mangsa," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, guru itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki dan belakang badan akibat pergelutan berkenaan.
Difahamkan, guru wanita itu kemudian dibantu pengawal keselamatan yang berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan masing-masing kerana melakukan khianat harta benda dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Topic Berkaitan
#guru jadi wira
#lelaki amuk
#guru selamatkan murid
#TABIKA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan