awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita maut, rempuh treler buat pusingan U

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2023
11:51 MYT
Guru wanita maut, rempuh treler buat pusingan U
Nur Syazatul Ain Yaakob, 34, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Dungun akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan. - Gambar/ Sinar Harian
DUNGUN: Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandu merempuh belakang sebuah treler yang membuat pusingan U dalam kejadian di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat persimpangan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Rantau Abang di sini pagi Isnin.
Mangsa, Nur Syazatul Ain Yaakob, 34, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Dungun akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Marang ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rasau, Kertih di Kemaman sebelum ditimpa nahas kira-kira jam 6.45 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah treler membawa muatan pasir silika yang datang dari arah Dungun dikatakan membuat pusingan U.
Mangsa yang ketika itu memandu kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri belakang lori berkenaan.
Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu telah dikeluarkan oleh pihak bomba dan dibawa ke Hospital Dungun sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.40 pagi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Katanya, kes itu disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#guru maut
#terengganu
#Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan