awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guterres kecam serangan terbaharu peneroka haram Israel di Tebing Barat

Bernama
Bernama
24/03/2026
12:51 MYT
Guterres kecam serangan terbaharu peneroka haram Israel di Tebing Barat
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengecam serangan terbaharu yang dilakukan oleh peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki. - Gambar fail
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengecam serangan terbaharu yang dilakukan oleh peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Kecaman itu disampaikan dalam satu kenyataan oleh jurucakap Setiausaha Agung, Stéphane Dujarric, semasa sidang media di Ibu Pejabat PBB di New York pada Isnin, yang menyentuh mengenai perkembangan di Asia Barat.
Dujarric berkata: "Saya boleh memberitahu anda bahawa Setiausaha Agung mengecam serangan terbaharu yang dilakukan oleh peneroka haram Israel di Tebing Barat yang diduduki terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka."
Beliau berkata serangan yang semakin meningkat itu telah mengakibatkan kematian, kecederaan, dan kerosakan harta benda yang besar, selain menjelaskan bahawa serangan sedemikian kadangkala membawa kepada perpindahan seluruh komuniti.
Dujarric menegaskan bahawa Setiausaha Agung mengulangi pendiriannya bahawa penempatan haram Israel dan infrastruktur berkaitan "tidak mempunyai kesahihan undang-undang," serta menekankan bahawa ia merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk resolusi PBB yang berkaitan.
Beliau berkata Guterres menyeru agar ketegangan di Tebing Barat yang kini mencapai tahap membimbangkan dihentikan serta-merta, selain mendesak serangan terhadap orang awam dan harta benda mereka dihentikan, serta langkah konkrit diambil bagi memulihkan keadaan di wilayah berkenaan.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#PBB
#Antonio Guterres
#kecam
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan