awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji optimis tuntutan MA63 capai keputusan positif

Radhi Muslim
Radhi Muslim
08/04/2021
23:47 MYT
Hajiji optimis tuntutan MA63 capai keputusan positif
Hajiji Noor optimis dan yakin tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 akan mendapat keputusan positif. -Gambar fail
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor optimis dan yakin tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 akan mendapat keputusan positif.
Menurutnya, beliau juga ada cara tersendiri dalam mencapai dan menyampaikan perkara berkenaan.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan dan pendapat supaya MA63 ditunaikan sebelum PRU15.
Tegas Hajiji, hal berkenaan boleh disampaikan dengan baik kepada kerajaan Persekutuan.
Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan sememangnya sedang berusaha gigih dalam melaksanakan perkara tersebut.
“Saya ingat kita akan menyampaikan secara baik kepada kerajaan Persekutuan.
“Jadi apa yang sepatutnya yang perlu diberi kepada rakyat Sabah dan Sarawak, semua usaha ini sedang dijalankan dan dilihat secara serius oleh pimpinan kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri.
“Insya-Allah kita akan melihat perkembangan yang positif ke atas perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Pertemuan Bersama Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zon Lima Sabah, di Sandakan, pada Khamis malam.
Terdahulu, terdapat pihak mendesak dan berpendapat MA63 harus ditunaikan sebelum PRU15 kerana perkara itu sudah terlalu lama dan masih tiada titik penghujung hingga hari ini.
Topic Berkaitan
#MA63
#Hajiji Noor
#PRU15
#Perjanjian Malaysia 1963
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Zon Lima Sabah
#Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan