awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir tiga bulan dilaporkan hilang, remaja UK ditemukan selamat

Bernama
Bernama
04/09/2025
15:36 MYT
Hampir tiga bulan dilaporkan hilang, remaja UK ditemukan selamat
Datuk Fadil Marsus memaklumkan remaja tersebut ditemukan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 7 malam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Remaja warga United Kingdom, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu dekat sini malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, yang mengesahkan perkara itu, memaklumkan remaja tersebut ditemukan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 7 malam.
"Butiran lanjut akan dimaklumkan setelah pemeriksaan selesai dijalankan," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, polis menyiasat kes kehilangan remaja itu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas menaiki penerbangan ke Malaysia secara senyap-senyap.
Pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester itu meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan menaiki penerbangan seorang diri dari Manchester ke Kuala Lumpur.
Dia juga bertindak mematikan telefon sejurus tiba di Malaysia dan dilaporkan telah menghantar e-mel kepada ibunya buat kali terakhir pada 9 Julai lepas.
Antara kandungan e-mel tersebut ialah pesanan Balisong supaya ahli keluarga tidak mencari atau bimbang akan keadaan dirinya dan remaja berkenaan turut mendoakan agar mereka berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf atas tindakannya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja UK hilang
#David Balisong
#polis
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan