awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah Yeoh turun padang pantau kegiatan ulat foto di KLCC

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
14:31 MYT
Hannah Yeoh turun padang pantau kegiatan ulat foto di KLCC
Hannah turut ditemani Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berserta pegawai penguatkuasa DBKL di Jalan Ampang. - Foto Facebook Hannah Yeoh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh turun padang untuk memantau aktiviti ‘ulat foto’ di kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas pada malam tadi.
Melalui rakaman yang disiarkan di Facebook rasminya, Hannah turut ditemani Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berserta pegawai penguatkuasa DBKL di Jalan Ampang.
“Malam ini saya turun ke KLCC untuk 'spot check' dan melihat situasi ‘ulat foto’ yang sering dilaporkan mengganggu orang ramai dan pelancong,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.
Hannah kelihatan memakai kemeja-T hitam manakala Fadlun mengenakan kemeja-T putih di sebuah simpang empat berhadapan Menara Berkembar, lokasi tumpuan penggemar jurugambar tanpa lesen atau ulat foto.
Difahamkan mereka (ulat foto) menawarkan perkhidmatan merakam gambar berlatar Menara Berkembar Petronas kepada para pelancong.
Hannah turut mengesahkan telah berada di lokasi selama satu jam dan sempat melihat sendiri kegiatan ulat foto mengambil gambar pelancong.
“Kita mahu pastikan pengalaman pengunjung kekal selamat dan tidak dieksploitasi. Isu keselamatan menjadi faktor utama yang diambil kira,” katanya lagi.
Terdahulu, Hanah turut menyatakan DBKL bakal memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) bagi menangani kegiatan tersebut.
Kegiatan tersebut menjadi tumpuan apabila lima individu ditahan pada 22 Mac bagi membantu siasatan kes sekumpulan ulat foto menyerang dua individu di kawasan Persiaran KLCC.
Kekecohan dipercayai bermula apabila mangsa melihat dan menghampiri sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi terbabit sedang memukul seorang pelancong lelaki warga India.
Bagaimanapun, mangsa yang bertindak menghampiri kumpulan berkenaan untuk menegur dan meleraikan pergaduhan itu telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#ulat foto
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan