awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
31/05/2021
13:01 MYT
Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok
Safar menambah, ketua-ketua jabatan diberi kuasa untuk menentukan penggiliran kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan bekerja dari rumah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan hanya 60 peratus kakitangan awam di negeri itu dibenarkan untuk hadir menjalankan tugas di pejabat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, ianya melibatkan semua kementerian, jabatan, badan berkanun negeri, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Malah jelasnya, langkah itu berkuat kuasa esok sehingga 14 Jun depan.
"Kehadiran kakitangan di pejabat setiap organisasi hendaklah sekurang-kurangnya 60 peratus manakala 40 peratus bekerja dari rumah.
"Penjadualan kerja hendaklah mengambil kira perkhidmatan perlu (essential service), kebajikan, keselamatan dan penggiliran kakitangan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri pada Isnin.
Selain itu, Safar berkata, setiap organisasi mahupun kementerian perlu memperluaskan penggunaan aplikasi dalam talian bagi meminimakan kehadiran pelanggan di kaunter dan pejabat kerajaan.
Ujarnya, setiap mesyuarat, kursus, seminar dan latihan secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Sementara itu, Safar menambah,Ketua-Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menentukan penggiliran kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan bekerja dari rumah.
"Bagaimanapun, ketua jabatan boleh mengeluarkan arahan bekerja kepada mana-mana kakitangan di bawah jagaan masing-masing yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan kerajaan dari semasa ke semasa.
"Semua ketua jabatan perlu memastikan perkara ini dipatuhi supaya tidak berlaku penularan COVID-19 di tempat kerja," katanya.
Topic Berkaitan
#kakitangan awam
#kerja dari rumah
#kerja di pejabat
#kakitangan awam Sabah
#Sabah
#Safar Untong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan