awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya penduduk di daerah Klang terjejas ekoran air pasang di Selangor

Bernama
Bernama
14/11/2016
02:10 MYT
Hanya penduduk di daerah Klang terjejas ekoran air pasang di Selangor
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, sehingga kini, fenomena air pasang besar yang melanda setinggi 5.5 meter di kawasan pesisir pantai di Selangor hanya menyebabkan penduduk di sekitar Klang dipindahkan. - Gambar hiasan
Fenomena air pasang besar di Selangor setakat ini hanya membabitkan penduduk di sekitar daerah Klang dengan 144 orang dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir setakat pukul 8 pagi ini.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, 117 mangsa membabitkan 43 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar manakala 27 mangsa membabitkan empat keluarga di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang.
"Sehingga kini, fenomena air pasang besar yang melanda setinggi 5.5 meter di kawasan pesisir pantai di Selangor hanya menyebabkan penduduk di sekitar Klang dipindahkan. Pusat pemindahan di daerah lain seperti di Sabak Bernam belum lagi dibuka," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Fenomena air laut pasang besar dilaporkan berlaku selama lima hari bermula hari ini di beberapa kawasan pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.
Dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana.
Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata penduduk di kawasan Batu 5, Kapar berada dalam keadaan selamat dan terkawal berikutan air laut melimpah dengan kadar minimum.
Ban yang pecah di kawasan Batu 5, Kapar ekoran air pasang sebelum ini menyebabkan lebih 10 rumah dinaiki air. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang
#banjir
#Klang
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan