awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara

Bernama
Bernama
10/04/2021
09:42 MYT
Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara
Rosol berkata kesemua notis tersebut dikeluarkan melalui Ops Catut 8.0 (air kosong) yang dijalankan sejak Rabu lepas. - Freeimages.com
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan sebanyak 84 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di seluruh negara yang menjual air kosong pada harga melebihi RM1.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata kesemua notis tersebut dikeluarkan melalui Ops Catut 8.0 (air kosong) yang dijalankan sejak Rabu lepas susulan rungutan orang ramai yang mahukan agar kementerian memantau perkara berkenaan.
"Operasi ini akan berjalan sehingga 15 April oleh pasukan penguat kuasa di seluruh negara. Berdasarkan notis yang dikeluarkan itu, kita dapati banyak juga berlaku kes jualan air kosong lebih daripada RM1.
"Ini tidak sepatutnya berlaku...mungkin harga yang sesuai adalah antara RM0.20 atau RM0.30 sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.
Daripada 84 notis itu, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 14 diikuti Selangor (12), Sabah (lapan), Sarawak (lapan), Johor (lapan), Pahang (tujuh), Terengganu (enam), Kuala Lumpur (lima), Melaka (empat), Wilayah Persekutuan Labuan (tiga), Pulau Pinang (tiga), Perlis (dua), Perak (dua) dan Negeri Sembilan (dua).
Peniaga yang diberi notis itu akan diberi masa dua hingga lima hari (hari bekerja) untuk memberi maklumat diperlukan KPDNHEP sebelum tindakan lanjut diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata KPDNHEP juga sedang memantau aktiviti jualan motosikal yang dikatakan menyukarkan pelanggan membeli secara tunai dipercayai berlaku di sekitar Lembah Klang.
"Baru-baru ini saya ada dapat aduan pelanggan yang mengatakan mereka sukar membeli motosikal secara tunai kerana penjual lebih gemar pelanggan membeli secara ansuran.
"Sekiranya ada laporan yang mendapati peniaga menekan pelanggan, KPDNHEP boleh siasat. Mungkin ada kesalahan boleh dikenakan tindakan terutama jika peniaga menetapkan harga berbeza bagi pembelian motosikal secara tunai atau ansuran bulanan," katanya.
Tambahnya, selain menjauhi rakyat daripada bebanan hutang, beliau juga tidak mahu mereka terkena riba.
"Saya yakin mungkin ada pakatan antara syarikat motor dengan 'finance company'...bayangkan kalau lima peratus atau lapan peratus caj faedah selama lima tahun, berapa banyak yang dia akan dapat (berbanding pembelian secara tunai)...jika ada dua harga berbeza mengikut cara pembelian, ini adalah salah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#air kosong
#premis makanan
#Rosol Wahid
#ops catut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan