awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin

Bernama
Bernama
22/05/2023
06:14 MYT
Harga gula terkawal, kuasa beli rakyat meningkat - Salahuddin
Salahuddin juga menyangkal dakwaan kononnya harga bahan asas di negara ini naik mendadak termasuk gula. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Kalau macam mana pun bahan mentah naik, gas asli naik, kita (kerajaan) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik agar rakyat masih dapat membeli gula dengan harga yang kita kawal dan rakyat tidak membayar lebih untuk harga gula," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai penurunan kuasa untuk membeli dalam kalangan pengguna ketika bulan puasa dan perayaan Aidilfitri baru-baru ini apabila harga barangan asas naik dengan ketara.
Salahuddin juga menyangkal dakwaan kononnya harga bahan asas di negara ini naik mendadak termasuk gula.
Beliau menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengawal 43 jenis barangan kawalan seperti minyak masak, beras dan RON95.
Sementara itu, beliau memaklumkan kuasa beli pengguna telah meningkat dalam tempoh enam bulan dan ia dibuktikan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh.
Salahuddin berkata kadar inflasi bagi makanan bermasak telah turun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus hasil pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah.
"Kementerian telah berusaha untuk meningkatkan kuasa beli ini," katanya dan memaklumkan KPDN telah melaksanakan Jualan Rahmah di 3,500 lokasi dan 120 kawasan Parlimen di seluruh negara yang mencatatkan nilai jualan berjumlah RM52.6 juta setakat hari ini.
Katanya, sebanyak 14,000 barangan asas keperluan suri rumah diberikan diskaun sebanyak tiga hingga 50 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga gula
#Kerajaan Perpaduan
#Salahuddin Ayub
#kuasa beli meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan